Monday, May 28, 2012

Vietnam.......... Part II

Salam.... Lagi cerita tentang percutian I & kawan2 di Vietnam... Kalo boring, sila tukar channel... Hehe...

Hari kedua... destinasi : Cuchi Tunnel (Said : Kuchi Tunnel). Tempat bersejarah bagi orang2 vietnam. Salah satu kubu kuat dan antara method peperangan yang termaju zaman itu. Bayangkan, dgn peralatan yang serba kekurangan, tentera Vietnam berjaya menewaskan tentera Amerika. Rahsianya.... terowong yang berselirat ni.. hehehe... Bukan itu aje, tentera2 Vietnam jugak ubahsuai bom2 yg dibawa oleh tentera Amerika yg tak meletup utk mereka serang balas musuh. Canggih kan pemikiran diaorg... Padan muka Amerika kena bom balik dengan senjata sendiri... KAHKAHKAH (sila gelak jahat!)
Antara perangkap yang dipasang. Abaikan gambar yang tunggang langgang.



Salah satu pintu masuk terowong.

Encik tour guide sedang demo. Agak2, I boleh masuk ke dalam terowong tu? Hehehe
Galeri senjata buatan sendiri. Yang ini pun demer belajar dari tentera Amerika.

Encik pekerja sedang demo bagaimana perangkap diaorg berfungsi. Bengis gila, nak senyum pun tak reti ke?

Salah satu perangkap yang sempat snap. Yang lain.... yang adoooo!
Sebelum pergi menjelajah sekitar kawasan terowong ni, ada sessi penerangan. Tapi, mcm biasa, I malas nak dengar. Dah excited sangat nak pergi tengok terowong. Oh, FYI, terowong ni sangat sempit dan panjang. Dah tu, tak boleh berdiri. Hanya merangkak sampailah ke penghujung satu lagi. I tak masuk pun. Hanya jalan2 sekitar kawasan. Sampai 1 port, ada kawasan menembak. Ini peluru hidup ye. Senjata dan peluru yang mereka gunakan masa perang. and again, I tak pergi menembak pun. Lagi berminat dengan jualan disitu. Adalah membeli sesuatu untuk kenangan di Cuchi Tunnel ni. Kemudian, sambung perjalanan. Memang penat, berpeluh - peluh nak menghabiskan satu pusingan. Dah rasa macam merentas desa pun ada.. Haha... Sepanjang perjalanan, memang ditunjukkan pintu2 masuk terowong dan self made weapon yang pernah digunakan. Sebelum keluar dari kawasan tu, kitaorang dijamu dengan ubi kayu rebus dan teh. Makanan ruji tentera Vietnam masa berperang dulu. Agaknya dah penat berjalan, perut pun dah lapar, rasa sedap jugak ubi kayu rebus tu.. Hehe... ke I memang kuat makan? Hrmmmmmmm.............

Penat berjalan dan menjelajah, kita orang berhenti makan di Haji Shamsuddin Halal Food. Branch yang baru aje beroperasi di awal bulan Mei. Hrmm... masa ni, memang group kitaorang je yang ada. Tak tahulah memang privilege utk kita orang ataupun pelanggan lain belum datang. Hehe... maklumlah, masa sampai tu masih awal. Badan dah penat, perut dah lapar, makanan pun rasa sangat sedap... Hehe... Ok, yg ini tak de gambar. Bukan sebab I tak snap, tapi sebab malas nak upload.. Hehe...

Selesai makan, naik bas terus balik bandar semula. Tapi, belum boleh balik hotel lagi. Destinasi kami seterusnya, muzium perang. Nak dijadikan cerita, hujan lebat masa kami sampai di muzium ni. Sebab bas tak boleh berhenti lama dan hanya boleh menurunkan penumpang, maka kami berkejar - kejaranlah masuk ke muzium. Masa ni, dah penat sebab banyak sangat berjalan di Cuchi tunnel. So, there is no fun anymore and hanya tengok2 gambar masa perang. Habis kat situ, kami dibawa plak ke Gallery Fine Art, Istana, Pejabat Pos, shopping di Taka Plaza sebelum makan malam di Four Season Restoran.(Perasan tak ayat I yang mula pendek2? Sebab dah malas nak menaip la nih!) Enjoy pics!
Nama restoran tempat kami lunch.

Di muzium perang. Antara senjata yang digunakan tentera Amerika.

Istana. Badan dah penat tapi masih kena jalan jauh lagi.. tsk tsk tsk(nangis)

Antara view di dalam istana.

Pejabat pos. Dah macam stesen keretapi kan?

Tempat paling best untuk hari ke2... Shopping!!
Malam tu memang I tak makan. Sebab? Badan daj terlampau penat. Dah tu kena berpanas dan lencun plak dalam hujan. Memang tak tahan dan last sekali I muntah masa kat restoran. Terus hilang selera. Jamah sikit pun dah rasa loya (dah macam ibu mengandung la plak.. Haha). Yang paling best makan malam tu ialah asikrim durian... Huhu... Bila balik hotel, barulah rasa heaven... Dah tak larat nak kemana - mana. Bercinta cintun dgn mr. hubby di IM sebelum tidur. Dah baring2 atas katil, baru perut rasa lapar. Huhu... tahan ajelah. Esoknya, baru tahu yang geng2 lain rupanya bersosial di night market malam itu. Korang nih tak tahu penat ke?

Itu aje kali ni. Part III tentang aktiviti hari ke3 plak. Bye............Adiosss!!!!!!

1 comment: