Tuesday, February 28, 2012

Its Anniversary Again

Salam to all....!!

Feb has come to the end & March will take over. In Mac, its our month. Anniversary again!! Kali ini, untuk tahun yang ke 5 pula. Alhamdulillah, kekal lagi setahun n berharap sgt akan kekal sepanjang hayat dan membawa ke syurga. Hanya dia yang I cinta.. hehehe... jiwang karat tak ingat.

Ok, apa pulak perancangan utk tahun ni ek? Hrmm... dah terpikir2 nak beli apa sebagai hadiah. Memula igt nk buat something by myself. kraftangan maybe tp rasa cam malas pulak nk menghadap benda alah tu berjam - jam. I x sabar ok. Nak beli kraf yg dh siap, kewangan tak meyakinkan bulan ni. So, beralih la ke hadiah yg biasa2 je. Dah ada a few dlm fikiran cuma belum decide which one yg akan terpilih. And, mgu 2 jugak, we all satu family akan adakan lawatan sambil menghabiskan duit ke Melaka. Best2!! Dpt berjalan lagi. Yg paling best, jln2 kali ni, naik bas persiaran. Kami sewa bas utk 1 family. jimat duit minyak keta n duit tol.. Hehe (kedekut tak igt). Kira sekalikan la dengan sambutan anniversary 2. Klu jumpa kedai kek kt sana nnt, plannya nk beli kek n belanja semua org. 2 pn kalau jumpa. Kalau x jumpa, balik sini nnt belanje mr. hubby je makan kek.

Ok, dah nak stop. Malas nak merepek panjang2. Sebelum stop, just nak update yg emosi msih blum stabil. Huhu... Tension tak pasal2 walaupun kerja taklah banyak mana kat ofis ni. Jadinya, memang harus amik cuti untuk rehatkan fikiran. Hehe... Alasan2.... And, interview I gagal....Waaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Ok bye....

Thursday, February 16, 2012

Bosan Tahap Gaban

Salam allS..........

Hari ni dah Khamis. Cepat betul seminggu berlalu, kan. Bila hari Isnin, mood black monday pun tiba. Bila Hari Khamis, mood tak sabar - sabar nak cuti pulak yang menjengah. Aduh.... Hari2 kau pikir cuti je, Ayu. Please... Sila rajinkan diri buat keje... Haha.... ayt motivasi yang langsung tak membantu...

Ok.... Minggu ni, memang best. Pegi keje, on pc, pegi breakfast. Naik ofis, menghadap pc, blogwalking. Blog e-novel of course!! Seharian.... Seharian ye people.. Langsung tak buat keje, sebab system down. Yes!!! Keje melambak n system down. Sangat bagus! Hancur harapan nak dapat APC thun ni.(HAHAHA..... MIMPI je lah kau, Ayu. Tak akan adanya nama kau tersenarai!). Hari Selasa, rasa happy, sebab tak payah buat keje. Hari Rabu, ok2 sebab dah tak tahu nak buat. Hari ni? Hrmm.... mulalah terfikir nak amik cuti panjang sampai system dah ok balik. Tension makcik!! Apsal yang lama sangat amik masa nk betulkan balik system ni? Keje aku banyak ni wei!! Mood geram dah tiba. Itu tak masuk lagi effect pada OT. OT 2 jam tapi langsung x buat apa. Asah bakat jadi penulis karang, baru tahu. Huhuhuhu..... Agak2 berkat tak duit OT yang akan I dapat nanti? Sendiri mau ingatlah kan. Nak balik rumah on time? Malas, tak ada nak buat kat rumah. Hehe.... Mood malas pulak yang datang. Macam2 mood kau sekarang ni Ayu.

Emosi tak stabil sekarang ni. Kejap rasa happy, kejap rasa marah. Kejap sedih, kejap malas, kejap geram. Yang penting macam2 ada macam astro jugak! Time2 macam ni lah yang rasa nak g bercuti. Relakskan hati dan perasaan. Pergi jauh dari keje. Erk.... bukan ke baru balik dari Terengganu hari tu? Itu lain, itu percutian bersama keluarga. Yang ini bercuti dengan mr. hubby je. Mesti best!! Tapi mr. hubby bukan seorang yang rajin nak g cuti2 Malaysia ni. Huh!! Hadap je lah!

Oklah, nak berhenti sekarang. Sebelum meleret2 menceceh dengan emosi yang tengah tak stabil ni. Maybe its the time of the month kot. Faham2 sendiri dahlah kan.

Adios amigos....ChowWW!!!!!

Saturday, February 11, 2012

Aurat di kalangan ipar duai...

Salam... pagi Sabtu ni nak berkongsi ilmu yang baru I perolehi. Tak banyak, tapi rasanya berguna untuk kita yang perempuan dan bergelar isteri.

Macam tajuk post kat atas, I terpanggil untuk cari info tentang hal ni. Asalnya sebab I suka baca novel lah kan. Bila banyak sangat novel yang I baca, yang bercirikan keIslaman sikit, mesti si isteri akan pakai tudung didepan keluarga suami. Even, bila hanya ada bapak mertua n sedara2 perempuan je dlam 1 rumah. Then, seorang dari kakak I ni, memang akan pakai tudung bila ada ipar duai berkumpul2 sama2 di kampung. Dah lama I terpikir hal ni sebenarnya. Apa hukumnya kita buka tudung di depan bapa mertua n ipar duai lelaki? Sebab, most of kakak2 I yang lain pun DULU selalu x pakai tudung bila berkumpul ramai2. Cuma sejak masing2 dah makin berusia, barulah masing2 pakai tudung even dlm rumah. Ni yang buat I makiin musykil. I pernah dengar, dengan bapa mertua n ipar duai tak apa sebab mereka dikira mahram sementara. So, I pun fikir, ok, tak apa I buka tudung. Lebih2 lagi bila kat rumah mentua. Tapi, pagi ni, I terlebih rajin cari info pasal hal ni. So, the result is....................

WAJIB pakai tudung didepan ipar duai. Hanya BAPA MERTUA yang dikira mahram. Ye, hanya BAPA MERTUA! So, kalau dalam rumah tu, hanya ada suami. mak mertua, bapa mertua, ipar duai perempuan, kita boleh tak bertudung. Tapi, bila ada ipar duai lelaki, kita WAJIB tutup aurat. Diulangi sekali lagi, WAJIB!!. Oh, silap. WAJIB tutup aurat, bukan hanya wajib pakai tudung. Kalau hanya pakai tudung tapi pakai baju yang sendat dan nampak susuk tubuh, pun tak dikira tutup aurat kan. So, jangan salah faham kat sini ye. The point is, seorang perempuan wajib tutup aurat dihadapan lelaki yang bukan mahram walaupun dirumah sendiri.

OK... I insaf sekejap. Masalahnya sekarang, dah hampir 5 tahun usia perkahwinan kami. Selama itu, I tak pernah ambil berat pasal isu ni. Kalau setakat tak pakai seksi tu, memang I jaga dari pandangan bapa mertua, adik2 ipar lelaki belah suami dan ipar duai belah I sendiri. Sekarang, macam mana nak ubah. Tentu semua orang terkejut kalau I berubah. Tiba2 je pakai tudung dalam rumah sendiri. Huhu.... Yang paling I risaukan sekali, solat pun tunggang langgan lagi, nak menjaga yang ini pula yang terlebih2. Huhu.... Camne? Tapi bila difikirkan balik, kalau kita tak mulakan, macam mana benda nak berubah ke arah kebaikan, kan? Mungkin dengan mulakan menjaga seluruh aurat di hadapan lelaki bukan aurat boleh membawa kepada banyak lagi kebaikan ke arah cara hidup yang lebih muslimah, kan. Amin.... Tolonglah doa doakan ye. Hrmm... itu tak masuk lagi cara berpakaian I yang kadang2 macam budak remaja. I cuba untuk menutup aurat bila keluar rumah, bukan membalut aurat. Tapi selalunya terbabas jugak sebab banyak juga koleksi baju2 kecik dalam wardrobe I. Huhu... start changing Ayu!!! Aja aja fighting!!

Macam mana kita nak berubah ni ye? Harus dapatkan sokongan suami dalam hal ni. Hai mr. hubby, sokonglah isterimu yang cuba nak berubah ni. Dosa2 I ni, you jugak yang tanggung di akhirat nanti. Mesti bincang dengan dia. MESTI! Tapi, I ni bersungguh ke? Jangan pulak hangat2 tahi ayam. Jangan pulak bulan ni balik rumah mak mertua tutup aurat, bulan depan tak pakai tudung pulak. Huhu.... Tuhan, tolonglah hambamu ini. Kawan2, tolong doakan I!!!

Ok, dah habis sessi tazkirah diri sendiri. Hehe.... Semoga kita semua boleh berubah ke arah kebaikan selepas ini. Yosh!! Jom berusaha!

Sebab ni entry sedikit muslimah, so I akhiri entry ni dengan.... ASSALAMUALAIKUM

p/s : I baru tahu yang its mahram (merujuk kepada lelaki yang tidak boleh dikahwini, lelaki ajnabi), bukan muhrim. Muhrim bermaksud orang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. So, lepas ni, jom perbetulkan sebutan kita. Sama - sama belajar.

Wednesday, February 08, 2012

Novel ke Drama

Hi there...!!

Asal post ni nak tepek gambo2 kt Rantau Abang ari tu. Tapi sangat malas nak meng'edit' gambo n terhasillah posting yang ni. Hehe.... Kali ni nak cerita tentang trend penerbit yang gila nak adaptasi novel ke drama. Rasanya lepas Ombak Rindu dijadikan filem, berlambak pulak drama TV yang diadaptasi dari novel. Ok, good senario to writers tapi what the heck? Apa, penerbit kita kat Malaysia ni dah takde idea lansung ke? Ke penulis skip dah kering idea? Hehe.... bukan nak kondem, I pun x reti nak komen2 pasal ni semua. Cuma nak bagi pandangan dari sudut mata I. Haha..... ntahapapa la....

Drama paling hot sekarang? Of course, Gemersik Kalbu, pada I la. Heart Suffian so much!! Bukan apa, masa mula tengok hero is Aqasha, I like... what??? That Aqasha? Sgt tak sesuai! Tapi lepas tengok how romantic n nakal he is dlm usaha nak tackle Raihanna, I fall in love with Suffian. Tapi karakter dia je, orangnya tak la. My dearie hubby tetap yang I cinta. Serius, dalam lawak2 Suffian tu, dia boleh wins Raihanna's heart!. Oh, mana nak jumpa lelaki yang macam tu kan. Dalam novel, bolehla. Realiti? Maybe ada, tapi I belum jumpa dan belum penah dengar. Hehe..!!

Pasal Bicara Hati plak. Ok, so and so. Jalan cerita lambat walhal, i fell in love with the novel. Hero sangat x sesuai. Lembab... Haha... or, maybe sebab I tak ikuti sangat cite tu, so, rasa boring bila sesekali tengok. Hehe... Lepas ni, dengar cerita Adam & Hawa akan ke versi drama jugak. Ni pun salah satu novel yang I heart so much. Hopefully, jalan cerita sama dengan novel. Just can't wait tuk tengok Adam & Hawa di kaca TV.

Oklah, malaslah nak merepek panjang. I bukannya pakar dalam bab-bab drama n filem ni. Saja nak kongsi cerita pasal trend sekarang. Oh, Gemersik Kalbu dah sampai penghujung. SO, minggu ni harus tak lepaskan peluang untuk tengok every episod. Kuikui.... geli geleman makcik dengan statement tu... Apapun, enjoy the day and live life to the fullset.

Oh!! Kutch Kutch Hota Hai di TV3 Sabtu ni. Longing for that one. Filem Hindustan yang buat I fell in love with the Hero... Kahkahkah!!!

Adios amigos!!