Salam semua..........
N3 kali ni nak cerita tentang Hari Ibu. Hari Ibu thun ni di sambut pada 13 Mei 2012 tapi utk my family, kita org celebrate on 12th May 2012. Lokasi kali ni di Kelab Komuniti Cyberjaya. Semua adik beradik berkumpul utk meraikan mak tersayang. Oh.... seorang abang x dpt join sbb fly ke China on that very day atas tuntutan kerja. Sorry bro, u've missed all the fun there. Hrmm... lokasi kali ni, I yg berusaha nak mencarinya. Awalnya, kakak I plan nak buat di hotel. But then, call beberapa hotel, semua charge mahal utk hi-tea. I pulak pernah cadangkan utk adakan di satu cafe di Putrajaya yg pada I quite ok. Makanan best, view lg la best. Menghadap tasik dan boleh nampak Masjid Besi. Bila dah x dapat kat hotel, kakak I suruh I contact cafe di Putrajaya ni. Call punya call, tak berjawab (ni lah org melayu kalau buat bisness. Call x jawab, bila kita tanya, semua tak tahu. Macam mana nak berjaya). So, I carik alternatif ubah lokasi. Sebab tempat ni I yg uruskan, haruslah I carik yg dekat tempat I je kan. Carik punya carik, jumpalah lokasi di atas. Price utk hi tea pun ok, view ok. Ada kemudahan sukan lagi. Bincang2 ngan kakak, semua setuju. So, confirmlah di lokasi itu.
Tahun ni, yg sikit special sebab kat cafe tu, hanya family besar kami yang ada. Jadi privacy, budak2 nak menjerit takde hal. My coment on this? Makanan so - so je, bleh dpt yg lagi sedap di restoran biasa. View, nice. Tenang je dan dikelilingi oleh driving range, paintball area, go kart, swimming pool lg. Memang bestla, cuaca plak redup je ari tu. Cuma yang tak bestnya bila nak bayar bil. Boleh plak cashier tu charge kitaorang over RM10. Hello, I dah buat calculation before buat bayaran ok! Tak tahulah mamat tu salah tekan cash machine ke or, memang sengaja nak pedajal duit kami RM10. Dah terang terang bos dia tulis dlm kertas bape balance yang kami patut bayar. Kalau nak kenakan orang pun, agak - agaklah wei! I'm quite particular with MONEY, ok! Lagipun, ni melibatkan duit semua orang. Salah kira, tak cukup ke, mampus I nak membayarnya balik. Dahlah, kewangan semakin susut bulan ni gara2 nak fly ke Vietnam. Itu sajelah yg buat slack dlm kita org happy2 petang tu. Gara2 nak mengira balik jumlah bayaran sebenar tu, I terlepas nak sama2 meraikan my mum ketika penyampaian hadiah. Huh! Geram!
Oklah.... cukup2lah marah orang tu. Maafkan aje, anggap aje dia tak pandai n tesalah tekan cash machine. Bersangka baiklah! Malam tu, my kakak ajak kitaorang lepak hotel yg dia meginap malam tu. Katanya, bleh sambung meraikan my mum. Tapi, I dh penat. Kebetulan plak I memang tak berapa nak sihat hari tu. My hubby plak, dah tentu2 tak mahu miss tengok perlawanan bola sepak. So, malam tu kami hanya relax di rumah. Malam minggu, tapi I tidur cepat sebab kepala ting tong. Sakit kepala, plus flu yang belum baik.
Itu sajalah cerita kali ni. Hajat hati nak tempek gambar, tapi lupa nk transfer gambar dari laptop di rumah ke pendrive. So, bila2 senang, I akan tempeklah gambar ye. Ok, adios..............
p/s: ada orang ckp meraikan hari ibu ni haram sebab sebenarnya ia meraikan hari ibu gereja kristian (something like that). Pada I, tak salah kalau kita meraikan 1 hari istimewa dengan berkumpul adik beradik n pergi makan2 dengan ibu tersayang. Sebagai tanda penghargaan kan. Peluk cium dan kasih sayang kita pada mak memang tak pernah berkurang. Meraikan dengan makan2 di hotel or restoran is just 1 way to express how much we love our mum. Asalkan niat kita ikhlas utk menghargai mak yang kita sayang! Kalau pendapat I ni salah dari segi agama, moga I diampunkan sebab I memang jahil bab2 seperti ni.
No comments:
Post a Comment