Salam Alls.......
Baru balik dari Vietnam. What a memory being there. Apa yang boleh cakap dengan Vietnam? Overall, Malaysia is a better place. Betullah kata pepatah hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih elok di negeri sendiri. Apa lagi dengan Vietnam yang masih belum membangun. Jauh terkebelakang dari Malaysia. Tengok bangunan di Ho Chi Minh, Saigon pun, kita bleh tahu yg negara ni masih belum membangun sepenuhnya. Oh, pemandangan dari atas plane, dah nampak macam mana keadaan negara komunis ni. Sangat padat, yet tak semaju Malaysia. Satu - satunya yang I rasa heaven there is... shopping!! Berada di situ and market yang menjual macam - macam benda, memang u akan hilang ingatan sekejap. Hilang kawalan diri yang dipupuk utk tak membeli belah. Tapi, once there, I memang dah tak boleh control. Too many things yg cantik2 dan murah(compare to harga di Malaysia ni).
Tak mahu cerita bab2 shopping ni dulu. Itu kita sambung di bab lain2. Kali ni cerita tentang hari pertama kami di sana. Ok, pagi2 dah berada di KLIA utk departure. Memang I jakun sebab tak pernah naik plane. Apa lagi nak ke negara orang pulak. Nasib baik ada kawan2. First time jugak I ambil breakfast di McD dgn my friend. Mr. Hubby? Cuma drop by and then off to my office to send my SIL. Kemudian, dia balik tidur sebab katanya dia selsema. Tak apa, biarkan aje kisah tu... Huhu... Bila nak boarding, group kami2 ni lah orang terakhir yang boarding. Masuk dalam plane pun dah dekat sgt nak berlepas.Penerbangan ambik masa 1 jam 55 minit. Cuak jugak masa nak berlepas sebab tak pernah naik kan. Hehe... Tapi everything is under control. Cuma sesekali plane bergegar sebab langgar awan kot. Nasib baik jugak sebab dlm plane ada TV yg boleh dilayan. Duduk jauh dari geng2 sekalian, jadi layan cite Papa, I Love You.
Sampai di Vietnam, kami dibawa oleh agen pelancongan di sana ke hotel. Nama hotel ni, Ha Hien Hotel. Very nice hotel. Kami dapat bilik Deluxe kot sebab dapat 1 katil queen & 1 katil single. Bilik pun besar. Ingatkan semua orang dapat bilik sama macam tu, tapi bila pergi bilik member lain, kecik pulak. Hanya ada dua katil single dan meja solek pun xde. Kira beruntunglah I dan member sebilik. Hehe... Lepas rehat2 kejap, terus keluar utk makan tengahari. Restoran yang dibawa ialah Nyonya Restoran. Halal ok... Katanyalah. Comment on food? Ok, bleh tahan tapi tak sama dengan masakan kita. Walaupun ada masak asam pedas tapi sedap lagi yang di Malaysia.
|
Our Tourist Guide |
|
Our Room. Besar kan? |
|
Another angle of the room. |
|
Nama Hotel. Kusyen kecik pun dia orang sulam nama hotel tu. |
|
|
Antara masakan yang dihidangkan. |
|
Lagi...... |
|
Lagi..... Looks like macam masakan kita kan. | Tapi rasa..... ermmm... pergi sanalah rasa sendiri... Huhu |
Aktiviti lepas makan, shoppinglah... Apa lagi. Lokasi yang dituju.... Ben Thanh Market. Memang famouslah market ni. Ramai pelancong datang ke sini. Orang kata barang disini murah dan boleh tawar gila2. Oklah, kurang sikitlah dari harga di Malaysia tapi bukan boleh tawar sangat pun. Agaknya, orang2 Vietnam ni pun dah tahu yang kita ni suka tawar menawar. Rugi dah agaknya dia orang ni. Huhu... Sepetang tu je, dah hampir 1 juta dong I habis. Ni semua gara - gara hilang kawalan dirilah ni. Semua benda nampak cantik. Semua benda nak beli.. Huhu....
|
Inilah market yang famous itewww.... Hampir semua benda boleh jumpa kat sini. |
|
Kopi Vietnam. Orang cakap kopi kat sini memang sedap. Memang I teringin nak beli, tapi bila dia orang letakkan sekali dengan kala jengking & ular tedung yang dah diawet dalam botol, terus cancel.... |
|
Tugu di tengah2 round about besar di depan Ben Thanh Market. Entah untuk apa tugu ni. Tourist guide ada cerita tapi I tak ambik port pun..... |
Ok, tu je lah cerita utk kali ni. Kami shopping sampai petang. Balik hotel lebih kurang pukul 4 lebih, rehat2, mandi2, lepas tu bersiap utk g dinner pukul 6. Lepas dinner, sambung shopping di night market pulak. Gambar2 utk dinner n night market, lain kalilah I update ye. Dah malas... Penat shopping lom habis lagi... muahaha.... tunggu kedatangan part II... (hehehe... cam best je cite ko, Ayu sampai org tertunggu - tunggu part II plak)....
Bye.... Adios!!!!!!!!!!!!!1
No comments:
Post a Comment