Monday, May 28, 2012

Vietnam.......... Part II

Salam.... Lagi cerita tentang percutian I & kawan2 di Vietnam... Kalo boring, sila tukar channel... Hehe...

Hari kedua... destinasi : Cuchi Tunnel (Said : Kuchi Tunnel). Tempat bersejarah bagi orang2 vietnam. Salah satu kubu kuat dan antara method peperangan yang termaju zaman itu. Bayangkan, dgn peralatan yang serba kekurangan, tentera Vietnam berjaya menewaskan tentera Amerika. Rahsianya.... terowong yang berselirat ni.. hehehe... Bukan itu aje, tentera2 Vietnam jugak ubahsuai bom2 yg dibawa oleh tentera Amerika yg tak meletup utk mereka serang balas musuh. Canggih kan pemikiran diaorg... Padan muka Amerika kena bom balik dengan senjata sendiri... KAHKAHKAH (sila gelak jahat!)
Antara perangkap yang dipasang. Abaikan gambar yang tunggang langgang.



Salah satu pintu masuk terowong.

Encik tour guide sedang demo. Agak2, I boleh masuk ke dalam terowong tu? Hehehe
Galeri senjata buatan sendiri. Yang ini pun demer belajar dari tentera Amerika.

Encik pekerja sedang demo bagaimana perangkap diaorg berfungsi. Bengis gila, nak senyum pun tak reti ke?

Salah satu perangkap yang sempat snap. Yang lain.... yang adoooo!
Sebelum pergi menjelajah sekitar kawasan terowong ni, ada sessi penerangan. Tapi, mcm biasa, I malas nak dengar. Dah excited sangat nak pergi tengok terowong. Oh, FYI, terowong ni sangat sempit dan panjang. Dah tu, tak boleh berdiri. Hanya merangkak sampailah ke penghujung satu lagi. I tak masuk pun. Hanya jalan2 sekitar kawasan. Sampai 1 port, ada kawasan menembak. Ini peluru hidup ye. Senjata dan peluru yang mereka gunakan masa perang. and again, I tak pergi menembak pun. Lagi berminat dengan jualan disitu. Adalah membeli sesuatu untuk kenangan di Cuchi Tunnel ni. Kemudian, sambung perjalanan. Memang penat, berpeluh - peluh nak menghabiskan satu pusingan. Dah rasa macam merentas desa pun ada.. Haha... Sepanjang perjalanan, memang ditunjukkan pintu2 masuk terowong dan self made weapon yang pernah digunakan. Sebelum keluar dari kawasan tu, kitaorang dijamu dengan ubi kayu rebus dan teh. Makanan ruji tentera Vietnam masa berperang dulu. Agaknya dah penat berjalan, perut pun dah lapar, rasa sedap jugak ubi kayu rebus tu.. Hehe... ke I memang kuat makan? Hrmmmmmmm.............

Penat berjalan dan menjelajah, kita orang berhenti makan di Haji Shamsuddin Halal Food. Branch yang baru aje beroperasi di awal bulan Mei. Hrmm... masa ni, memang group kitaorang je yang ada. Tak tahulah memang privilege utk kita orang ataupun pelanggan lain belum datang. Hehe... maklumlah, masa sampai tu masih awal. Badan dah penat, perut dah lapar, makanan pun rasa sangat sedap... Hehe... Ok, yg ini tak de gambar. Bukan sebab I tak snap, tapi sebab malas nak upload.. Hehe...

Selesai makan, naik bas terus balik bandar semula. Tapi, belum boleh balik hotel lagi. Destinasi kami seterusnya, muzium perang. Nak dijadikan cerita, hujan lebat masa kami sampai di muzium ni. Sebab bas tak boleh berhenti lama dan hanya boleh menurunkan penumpang, maka kami berkejar - kejaranlah masuk ke muzium. Masa ni, dah penat sebab banyak sangat berjalan di Cuchi tunnel. So, there is no fun anymore and hanya tengok2 gambar masa perang. Habis kat situ, kami dibawa plak ke Gallery Fine Art, Istana, Pejabat Pos, shopping di Taka Plaza sebelum makan malam di Four Season Restoran.(Perasan tak ayat I yang mula pendek2? Sebab dah malas nak menaip la nih!) Enjoy pics!
Nama restoran tempat kami lunch.

Di muzium perang. Antara senjata yang digunakan tentera Amerika.

Istana. Badan dah penat tapi masih kena jalan jauh lagi.. tsk tsk tsk(nangis)

Antara view di dalam istana.

Pejabat pos. Dah macam stesen keretapi kan?

Tempat paling best untuk hari ke2... Shopping!!
Malam tu memang I tak makan. Sebab? Badan daj terlampau penat. Dah tu kena berpanas dan lencun plak dalam hujan. Memang tak tahan dan last sekali I muntah masa kat restoran. Terus hilang selera. Jamah sikit pun dah rasa loya (dah macam ibu mengandung la plak.. Haha). Yang paling best makan malam tu ialah asikrim durian... Huhu... Bila balik hotel, barulah rasa heaven... Dah tak larat nak kemana - mana. Bercinta cintun dgn mr. hubby di IM sebelum tidur. Dah baring2 atas katil, baru perut rasa lapar. Huhu... tahan ajelah. Esoknya, baru tahu yang geng2 lain rupanya bersosial di night market malam itu. Korang nih tak tahu penat ke?

Itu aje kali ni. Part III tentang aktiviti hari ke3 plak. Bye............Adiosss!!!!!!

Friday, May 25, 2012

Vietnam.......... Part I(b)

Hanya nak update gambar2 di hari pertama di sana.......
Dinner di Lion City - Singaporian style....

Makanan pertama yang sampai - Sotong goreng tepung. Sebelum kejadian.


Selepas kejadian.... Pinggan sotong goreng tepung dah xtau yang mana satu. Hehe....

View di pintu masuk restoran......

Muka - muka lapar menanti makanan. Kita posing dulu!!!!

Scenery dari dalam bas. Selepas perut kekenyangan. Balik hotel and next destination...........

Night Market. Walking distance from Lion City Restoran. Shopping lagi....

Bangunan sekitar night market & suasana malam di sana. Oppss... ignore the boxer... Hehe

Selamat Berhujung Minggu semua... & tunggu next update yg entah bila2....

Tuesday, May 22, 2012

Vietnam..... Part I

Salam Alls.......

Baru balik dari Vietnam. What a memory being there. Apa yang boleh cakap dengan Vietnam? Overall, Malaysia is a better place. Betullah kata pepatah hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih elok di negeri sendiri. Apa lagi dengan Vietnam yang masih belum membangun. Jauh terkebelakang dari Malaysia. Tengok bangunan di Ho Chi Minh, Saigon pun, kita bleh tahu yg negara ni masih belum membangun sepenuhnya. Oh, pemandangan dari atas plane, dah nampak macam mana keadaan negara komunis ni. Sangat padat, yet tak semaju Malaysia. Satu - satunya yang I rasa heaven there is... shopping!! Berada di situ and market yang menjual macam - macam benda, memang u akan hilang ingatan sekejap. Hilang kawalan diri yang dipupuk utk tak membeli belah. Tapi, once there, I memang dah tak boleh control. Too many things yg cantik2 dan murah(compare to harga di Malaysia ni).

Tak mahu cerita bab2 shopping ni dulu. Itu kita sambung di bab lain2. Kali ni cerita tentang hari pertama kami di sana. Ok, pagi2 dah berada di KLIA utk departure. Memang I jakun sebab tak pernah naik plane. Apa lagi nak ke negara orang pulak. Nasib baik ada kawan2. First time jugak I ambil breakfast di McD dgn my friend. Mr. Hubby? Cuma drop by and then off to my office to send my SIL. Kemudian, dia balik tidur sebab katanya dia selsema. Tak apa, biarkan aje kisah tu... Huhu... Bila nak boarding, group kami2 ni lah orang terakhir yang boarding. Masuk dalam plane pun dah dekat sgt nak berlepas.Penerbangan ambik masa 1 jam 55 minit. Cuak jugak masa nak berlepas sebab tak pernah naik kan. Hehe... Tapi everything is under control. Cuma sesekali plane bergegar sebab langgar awan kot. Nasib baik jugak sebab dlm plane ada TV yg boleh dilayan. Duduk jauh dari geng2 sekalian, jadi layan cite Papa, I Love You.

Sampai di Vietnam, kami dibawa oleh agen pelancongan di sana ke hotel. Nama hotel ni, Ha Hien Hotel. Very nice hotel. Kami dapat bilik Deluxe kot sebab dapat 1 katil queen & 1 katil single. Bilik pun besar. Ingatkan semua orang dapat bilik sama macam tu, tapi bila pergi bilik member lain, kecik pulak. Hanya ada dua katil single dan meja solek pun xde. Kira beruntunglah I dan member sebilik. Hehe... Lepas rehat2 kejap, terus keluar utk makan tengahari. Restoran yang dibawa ialah Nyonya Restoran. Halal ok... Katanyalah. Comment on food? Ok, bleh tahan tapi tak sama dengan masakan kita. Walaupun ada masak asam pedas tapi sedap lagi yang di Malaysia.
Our Tourist Guide

Our Room. Besar kan?

Another angle of the room.

Nama Hotel. Kusyen kecik pun dia orang sulam nama hotel tu. 

Antara masakan yang dihidangkan.

Lagi......

Lagi..... Looks like macam masakan kita kan. Tapi rasa..... ermmm... pergi sanalah rasa sendiri... Huhu
Aktiviti lepas makan, shoppinglah... Apa lagi. Lokasi yang dituju.... Ben Thanh Market. Memang famouslah market ni. Ramai pelancong datang ke sini. Orang kata barang disini murah dan boleh tawar gila2. Oklah, kurang sikitlah dari harga di Malaysia tapi bukan boleh tawar sangat pun. Agaknya, orang2 Vietnam ni pun dah tahu yang kita ni suka tawar menawar. Rugi dah agaknya dia orang ni. Huhu... Sepetang tu je, dah hampir 1 juta dong I habis. Ni semua gara - gara hilang kawalan dirilah ni. Semua benda nampak cantik. Semua benda nak beli.. Huhu....


Inilah market yang famous itewww.... Hampir semua benda boleh jumpa kat sini.

Kopi Vietnam. Orang cakap kopi kat sini memang sedap. Memang I teringin nak beli, tapi bila dia orang letakkan sekali dengan kala jengking & ular tedung yang dah diawet dalam botol, terus cancel....

Tugu di tengah2 round about besar di depan Ben Thanh Market. Entah untuk apa tugu ni. Tourist guide ada cerita tapi I tak ambik port pun.....

Ok, tu je lah cerita utk kali ni. Kami shopping sampai petang. Balik hotel lebih kurang pukul 4 lebih, rehat2, mandi2, lepas tu bersiap utk g dinner pukul 6. Lepas dinner, sambung shopping di night market pulak. Gambar2 utk dinner n night market, lain kalilah I update ye. Dah malas... Penat shopping lom habis lagi... muahaha.... tunggu kedatangan part II... (hehehe... cam best je cite ko, Ayu sampai org tertunggu - tunggu part II plak)....

Bye.... Adios!!!!!!!!!!!!!1

Monday, May 14, 2012

Sambutan Hari Ibu 2012

Salam semua..........

N3 kali ni nak cerita tentang Hari Ibu. Hari Ibu thun ni di sambut pada 13 Mei 2012 tapi utk my family, kita org celebrate on 12th May 2012. Lokasi kali ni di Kelab Komuniti Cyberjaya. Semua adik beradik berkumpul utk meraikan mak tersayang. Oh.... seorang abang x dpt join sbb fly ke China on that very day atas tuntutan kerja. Sorry bro, u've missed all the fun there. Hrmm... lokasi kali ni, I yg berusaha nak mencarinya. Awalnya, kakak I plan nak buat di hotel. But then, call beberapa hotel, semua charge mahal utk hi-tea. I pulak pernah cadangkan utk adakan di satu cafe di Putrajaya yg pada I quite ok. Makanan best, view lg la best. Menghadap tasik dan boleh nampak Masjid Besi. Bila dah x dapat kat hotel, kakak I suruh I contact cafe di Putrajaya ni. Call punya call, tak berjawab (ni lah org melayu kalau buat bisness. Call x jawab, bila kita tanya, semua tak tahu. Macam mana nak berjaya). So, I carik alternatif ubah lokasi. Sebab tempat ni I yg uruskan, haruslah I carik yg dekat tempat I je kan. Carik punya carik, jumpalah lokasi di atas. Price utk hi tea pun ok, view ok. Ada kemudahan sukan lagi. Bincang2 ngan kakak, semua setuju. So, confirmlah di lokasi itu.

Tahun ni, yg sikit special sebab kat cafe tu, hanya family besar kami yang ada. Jadi privacy, budak2 nak menjerit takde hal. My coment on this? Makanan so - so je, bleh dpt yg lagi sedap di restoran biasa. View, nice. Tenang je dan dikelilingi oleh driving range, paintball area, go kart, swimming pool lg. Memang bestla, cuaca plak redup je ari tu. Cuma yang tak bestnya bila nak bayar bil. Boleh plak cashier tu charge kitaorang over RM10. Hello, I dah buat calculation before buat bayaran ok! Tak tahulah mamat tu salah tekan cash machine ke or, memang sengaja nak pedajal duit kami RM10. Dah terang terang bos dia tulis dlm kertas bape balance yang kami patut bayar. Kalau nak kenakan orang pun, agak - agaklah wei! I'm quite particular with MONEY, ok! Lagipun, ni melibatkan duit semua orang. Salah kira, tak cukup ke, mampus I nak membayarnya balik. Dahlah, kewangan semakin susut bulan ni gara2 nak fly ke Vietnam. Itu sajelah yg buat slack dlm kita org happy2 petang tu. Gara2 nak mengira balik jumlah bayaran sebenar tu, I terlepas nak sama2 meraikan my mum ketika penyampaian hadiah. Huh! Geram!

Oklah.... cukup2lah marah orang tu. Maafkan aje, anggap aje dia tak pandai n tesalah tekan cash machine. Bersangka baiklah! Malam tu, my kakak ajak kitaorang lepak hotel yg dia meginap malam tu. Katanya, bleh sambung meraikan my mum. Tapi, I dh penat. Kebetulan plak I memang tak berapa nak sihat hari tu. My hubby plak, dah tentu2 tak mahu miss tengok perlawanan bola sepak. So, malam tu kami hanya relax di rumah. Malam minggu, tapi I tidur cepat sebab kepala ting tong. Sakit kepala, plus flu yang belum baik.

Itu sajalah cerita kali ni. Hajat hati nak tempek gambar, tapi lupa nk transfer gambar dari laptop di rumah ke pendrive. So, bila2 senang, I akan tempeklah gambar ye. Ok, adios..............

p/s: ada orang ckp meraikan hari ibu ni haram sebab sebenarnya ia meraikan hari ibu gereja kristian (something like that). Pada I, tak salah kalau kita meraikan 1 hari istimewa dengan berkumpul adik beradik n pergi makan2 dengan ibu tersayang. Sebagai tanda penghargaan kan. Peluk cium dan kasih sayang kita pada mak memang tak pernah berkurang. Meraikan dengan makan2 di hotel or restoran is just 1 way to express how much we love our mum. Asalkan niat kita ikhlas utk menghargai mak yang kita sayang! Kalau pendapat I ni salah dari segi agama, moga I diampunkan sebab I memang jahil bab2 seperti ni.

Wednesday, May 09, 2012

One more week to go

Hi there people........!!!

Seminggu je lagi... YES! Seminggu je lagi. Excited tahap gaban. Dah tak ingat benda lain. Tapi takut n cuak pun ada jugak. Huhu.... apa yang I excited sangat ni? ?Hehe.... Seminggu je lagi I nak fly ke Vietnam!!! Bestnya.... dapat jalan2 ke luar negara. Walaupun tu negara komunis n jauh terkebelakang dari Malaysia kan. Yang penting, kat situ ada tempat shopping best!... Haha... dah tak sabar nak shopping walaupun duit dalam poket hanya ada bape hengget je....

Yang tak bestnya, mr. hubby tinggal. Kali ni, pergi ngan kementerian n kwn2 je. Mr. Hubby xnak pergi. Duit tak cukup katanya nak byr tambang. Hehe.... I dah faham sangat dengan u, okay sayang. Tapi best jugakkan, time nilah nak jadi bujang. Nak enjoy the 'me time'. Enjoy ngan kwn2 plak. Tinggallah kesayangan ye... Nanti I belikan u something from Vietnam... Hrmm... yg tambah x best tu, elok I balik dari melancong, mr. hubby plak ada kursus 3 hari. Nampaknya seminggu jugaklah kita x jumpa ye sayang. Rindu gilalah I nanti. Huhu... I nak ikut u lah g kursus.

Anyway, harap semuanya akan okay sepanjang kat sana. Mintak dijauhkan segala musibah n hanya benda2 yang baik saja yang dihadapi di sana. Tak mahulah menghadapi benda2 yg tak elok. Kita pergi nak enjoy, kalau jadi apa2, mesti hilang segala keseronokan. And benda2 yg baik tu, termasuklah I disana n semua yang I tinggalkan di Malaysia ni. Hope everything will be fine.

Rasanya dah banyak sangat I menaip kali ni. Panjang plak ceritanya, kan. Oh, before I stop, this week on 12th of May, kitaorg akan celebrate Mother's Day utk ibu tercinta. Lokasi kali ni di Kelab Komuniti Cyberjaya. Will update soon. Kalau sempat sebelum g Vietnam. Kalau x sempat, berjamanlah nak menunggunya ye... Happy Mother's Day utk semua ibu2 n specially for my beloved mom. I always love u eventhough sometimes I might not seem to love u... Huhu... apa yang aku merepek ni? Harap2 korang faham apa maksudnya. Kehkehkeh.......

Ok bye!!! Once again.... HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL