Happy Anniversary to my dear husband!!
Sebenarnya dah seminggu berlalu pun anniversary kitaorg ni. Cuma kerana kekangan masa n masalah internet, so, sekarang baru dapat post untuk anniversary ke 4 kami. Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar, Alhamdullilah, usia perkahwinan I dgn mr. hubby dah mencecah usia 4 tahun. Syukur, kami masih kekal dalam ikatan ini, dan masih kasih mengasihi, sayang menyayangi n still deeply in love with each other. Alhamdullilah... Syukur ke hadrat Allah. Sepanjang tempoh ni juga, dh mcm2 yg kami tempuhi bersama. Bergurau senda, bermanja, bergaduh n berbaik semula. Tapi setakat hari ni, takde gaduh yang melampau lampau. I selalu anggap pergaduhan (or lebih tepat perselisihan faham) kami adalah proses utk I dan dia semakin mengenali antara satu sama lain. And setiap kali lepas berselisih faham, I akan cuba utk tidak ulang kesilapan yg membuat kami berselisih (dia... I tak tahu, tp ada improvement compared to our 1st year of marriage). Yang paling menguji ialah menunggu permata hati untuk meyerikan lagi rumahtangga kami. Usaha tangga kejayaan, I pegang itu n bertawakal serta doa yang Allah makbulkan keinginan kami berdua untuk mendapat cahayamata. Amin2... jom kita doa sama2..
Bercerita tentang sambutan anniversary tahun ni, very the simple. N sangat memenatkan. Apa taknya, tarikh keramat 2 jugaklah kitaorg berpindah umah. From quarters to another quarters. Aduii!! Letih makcik. Cuma umah baru luas sikit dari umah dulu. Ok, stop cite tentang umah. Itu kita cite in next N3. Dah siap angkut barang, mr. hubby blanje makan. Itupun KFC je. Budget burst sebab pindah umah. Sebab pindah umah jugak, plan nk menyambutnya ke Fraser Hill terpaksa di postponed. Huhuhu.... sedih!! Dahlah punya susah nak mengajak mr. hubby untuk holiday.. Tapi klu diingatkan, memang kitaorg tak pernah sambut secara berlebihan pun. Selalunya pergi makan je ( baru I sedar, I tak pernah masak something special untuk mr. hubby di hari anniversary kami...kehkehkeh).
Tak sambut lebih2 pn tak apa. Itu semua tak penting, yang penting ikatan ni masih kukuh dan kami masih sangat menyintai satu sama lain. Hehe.... ayat skema tak ingat!! And harapan I, biarlah ikatan ni kekal hingga ke akhir hayat n kami menjadi suami isteri paling menyayangi dunia dan akhirat. Amin2.... jom kita berdoa lagi... ;)
Oklah.... that's it for this entry. Panjang lebar pulak I merepek kali ni (teruja dengan post kali ni agaknya). Semoga ikatan yang terjalin ni kekal selamanya dan di dalam rahmat Allah. Moga kasih sayang dan cinta antara kami kekal ke akhir hayat. Last but not least, a poem yang di copy paste dari internet... Hehe... Enjoys!!
We began as strangers.
We became friends.
We became one with each other...
We remain as one forever.
Happy Wedding Anniversary
To The One I Love!
congrate beb...semoga kekal ke akhir hayat
ReplyDelete