Thursday, November 29, 2012

Langkawi, Melaka, KLCC

Salam..............

Bulan ni penuh dgn bulan jalan2. 2 minggu pack dengan aktiviti jalan2 makan angin n menghabiskan duit. Huhu... klu dah namanya jalan2, mesti duit habis. Ada aje benda yg nak di beli. Ukhh.... susah benar jadi org yg senang terpengaruh ni.....

LANGKAWI....

Pergi on Deepavali's eve and came back on Awal Muharam's eve. Bermalam 1 malam je kat sana. Naik bas pulak tu. Memang penat sungguh. 1 malam habis dlm perjalanan pergi je. 1 malam kt langkawi n 1 malam lagi dlm bas perjalanan pulang pulak. Masa kat Langkawi pun sgt terhad. Sampai aje kt jeti, tunggu kereta sewa and terus shoot ke Beras Terbakar. Dengan tak mandinya, terus shopping-shoppingan. Dah memang itu tujuan utamanya kan? hehe

Bukti I memang pergi eras Terbakar.... HAHAHA

Tempat shopping.. Baru aje sampai dah habis dekat RM100.....
Dah puas shopping n makan2, barulah pergi check in motel. Bilik ok, bleh kongsi 4 orang. Alah, untuk tidur aje kan. Apa nak kisah sgt. Lepas mandi n berehat sekejap, keluar lagi, ke Makam Mahsuri pula. Time ni, badan dah penat, mata dah layu, jadi xde la excited sgt disana. Keluar dari sana, lokasi seterusnya, Haji Ismail Group. Ukhh... kat sini memang duit I banyak habis. Gila sekejap tengok pasaraya tu yg penuh dgn coklat. Kat situ habis RM100. Tu pun di pujuk dek cik cekodok gebu utk beli kat tempat lain. Kalau tak, tak pasal2 I melabur ratur2 kat situ...

Puas kat HIG, melawat Langkawi Saga plak (iye ke? alah, yg kedai depan HIG tu lah). Kat sini pun membeli coklat tapi x sebanyak tadi sebab tak banyak pilihan sgt. Kemudian, cadangnya nak ke Idaman Suri tapi pusing2 tak jumpa. Akhirnya cuma pergi pasar malam otw ke Pantai Chenang tu.

Esoknya.....



Langkawi Cable Car. Antara yg terawal pergi beratur nk beli tiket. Tiket Kaunter blom bukak pun lagi. Jadi orang ke3 beratur. Elok kami beratur je, berduyun2 pulak yang sampai. Nasib baik kami awal dan terus pergi beratur. Pengalaman naik? Gayat jugak... tambah2 bila stesyen atas tu tinggi sangat. Sampai kat ataas tu pun gayat nak tengok bawah lama2. Bila nak turun, lagila gayat sebab nampak macam laju je turunnya. Tapi xdela pun. Nampak je laju, tapi sebenarnya slow je. Turun aje dari cable car, orang dah beratur panjang. Fuhh... tak rugi kami bangun awal pagi semata2 nak naik cable car n nak elakkan sesak. Dari cable car, kami cari lagi Idaman Suri (x lengkap cuti di Langkawi kalau x pergi Idaman Suri agaknya ye). Nasib baik kali ni jumpa dengan bantuan kawan member yg memang kerja di Langkawi. Ukh... Kat sini, memang betullah orang cakap pinggan mangkuk murah. Nasib baik I tk minat sangat pinggan mangkuk. Boleh meroyan tengok pinggan mangkuk yg cantik2 dan murah. Kawan2 borong pemanggang ajaib yang diidamkan sementara I pulak beli coklat lagi.... Heh. (Dah balik, rasa rugi plak tak beli pemanggang ajaib tu. Macam2 boleh masak gunakan pemanggang tu.. heh)... Keluar dari Idaman Suri, bergegas ke motel, kemas baju, check out, pulangkan kereta dan tunggu feri. Sampai jeti Kuala Perlis jam 7.30 malam, makan malam and tunggu pulak bas untuk balik ke Putrajaya. Alhamdulillah, semua selamat..

MELAKA

Yang ini pergi on 25 - 27 Nov. Bukan jln2 tapi ada kursus. Tapi, sempat jugak jalan2 cuci mata sebab satu slot ceramah dipercepatkan. semata-mata sebab ramai yang nak jalan2 di Kota Melaka. Plan awalnya nak tengok wayang. Canceled sebab tayangannya lewat sangat. Esok nak kursus lagi. So, seperti biasa, SHOPPING!!. Kali ni, menghabiskan duit di Dataran Pahlawan lah pulak. I tak beli apa pun, cuma beli kerepek2 di Heritage Bazaar tu. Tak dapat nak berjalan sangat sebab kereta tak ada. Patah kaki!

Berjalan di situ ajelah. Tempat lain tak sempat nak pergi. Oh, lupa nak cerita. Di petang hari pertama, kami berlima berjalan kaki dari hotel sampai ke Jonker Walk. Jauh kot tapi sebab semangat, teruskan jugak. Dah tak larat, baru amik teksi ke Mahkota Parade. RM20 dimintaknya padahal dekat aje kot. Alasannya sebab kami ada 5 orang. Sebab dah penat, naik aje lah. Buat kerja gil betul berjalan sejauh tu. Tapi bukan selalu, kan. Sesekali, apa salahnya. boleh jugak exercise... hehehe

KLCC?

Esok baru nak pergi. Next entrylah I cerita ye.... HEHEHE





2 comments:

  1. Bulan ni lah baru ada kesempatan jln2... hehe. Klu x, terperok aje dlm opis..

    ReplyDelete