Thursday, October 04, 2012

Cerita makan lagi

Salam....

Ingatkan dah habis bulan raya, aktiviti makan2 pun habislah. Rupanya, rezeki bulan September memang murah. Asyik ada je org belanja. Kat opis, bleh kata tiap2 Jumaat ada makan free as opis I ni buat majlis bacaan Yassin setiap Jumaat. So, ramailah yang amik kesempatan untuk bersedekah makanan di hari tu. So, breakfast hari Jumaat, memang save. Tapi masuk waktu lunch, memang bankrupt kalau tak reti tahan nafsu. Sebab..... hari tu jugaklah maknanya girls' day out. Dah waktu break panjang, dapat pulak geng2 kaki jalan. Tiap Jumaat memang hilang. And, bila balik opis, JARANG sangat tangan kosong je. (read JARANG.... means kadang2 I memang balik dengan tangan kosong. HAHAHA)

Ok, cerita pasal makan (orang belanje), di hari2 akhir bulan September (exact date x ingat), ada orang yang baik hati nak blanje makan. So, ikutkan saja. Dah orang nak belanja, kan. Tempat bukan calang2 plak tu. Hari Khamis, dibelanja makan kat ACACIA TEE KOPPIE. Terletak kat bangunan baru sebelah opis. Bangunan ni baru je launch. Banyak tempat makan, tapi harga........ Ya Ampun........ Kalau takde orang nak belanja, entah bilalah nak jejak kaki kat sana. Ok, enjoy picture. Ni, I rembat dari blog 1 of my friend. Dia rajin amik gambar bila g makan2 tempat pelik camni. Haha.....
Ice blended Mocha........ memang the best. Sekarang dah terliur bila tgk gambar... Picture credit to cekodok gebu
Chicken Chop............. Picture credit to cekodok gebu
This is what I ate. Chicken Chop and Ice Blended Mocha. Makanan best. Cuma servis agak lembab.


Hari Jumaat, again ada kawan yang baik hati nak belanja makan. This time, kami seramai 9 orang pergi makan di RASA UTARA. Same building with ACACIA TEE KOPPIE, cuma di tingkat 2. Tempat ni, makanan so and so aje. Tomyam kurang rasa, ayam masak berlada ada yang kurang. Kailan ikan masin, oklah. Oh, kwn2 cakap ikan masak asam pedas sedap, cuma I tak sempat nak rasa kuahnya as mangkuknya jauh sangat dari I. Hehe..... Ok, dah malas nak upload picture. Picture pun rembat aje dari blog kawan. Kalau rajin, bleh jalan2 kat sini....

Tu ajela.... macam biasa, malas nak fikir nak tulis apa. Heh..... Happy Oktober.. dah nak habis pun satu tahun. Bleh dah pasang angan2, tahun depan nak azam apa plak... Hehe....

Bye..... see you next time........

No comments:

Post a Comment