Salam... pagi Sabtu ni nak berkongsi ilmu yang baru I perolehi. Tak banyak, tapi rasanya berguna untuk kita yang perempuan dan bergelar isteri.
Macam tajuk post kat atas, I terpanggil untuk cari info tentang hal ni. Asalnya sebab I suka baca novel lah kan. Bila banyak sangat novel yang I baca, yang bercirikan keIslaman sikit, mesti si isteri akan pakai tudung didepan keluarga suami. Even, bila hanya ada bapak mertua n sedara2 perempuan je dlam 1 rumah. Then, seorang dari kakak I ni, memang akan pakai tudung bila ada ipar duai berkumpul2 sama2 di kampung. Dah lama I terpikir hal ni sebenarnya. Apa hukumnya kita buka tudung di depan bapa mertua n ipar duai lelaki? Sebab, most of kakak2 I yang lain pun DULU selalu x pakai tudung bila berkumpul ramai2. Cuma sejak masing2 dah makin berusia, barulah masing2 pakai tudung even dlm rumah. Ni yang buat I makiin musykil. I pernah dengar, dengan bapa mertua n ipar duai tak apa sebab mereka dikira mahram sementara. So, I pun fikir, ok, tak apa I buka tudung. Lebih2 lagi bila kat rumah mentua. Tapi, pagi ni, I terlebih rajin cari info pasal hal ni. So, the result is....................
WAJIB pakai tudung didepan ipar duai. Hanya BAPA MERTUA yang dikira mahram. Ye, hanya BAPA MERTUA! So, kalau dalam rumah tu, hanya ada suami. mak mertua, bapa mertua, ipar duai perempuan, kita boleh tak bertudung. Tapi, bila ada ipar duai lelaki, kita WAJIB tutup aurat. Diulangi sekali lagi, WAJIB!!. Oh, silap. WAJIB tutup aurat, bukan hanya wajib pakai tudung. Kalau hanya pakai tudung tapi pakai baju yang sendat dan nampak susuk tubuh, pun tak dikira tutup aurat kan. So, jangan salah faham kat sini ye. The point is, seorang perempuan wajib tutup aurat dihadapan lelaki yang bukan mahram walaupun dirumah sendiri.
OK... I insaf sekejap. Masalahnya sekarang, dah hampir 5 tahun usia perkahwinan kami. Selama itu, I tak pernah ambil berat pasal isu ni. Kalau setakat tak pakai seksi tu, memang I jaga dari pandangan bapa mertua, adik2 ipar lelaki belah suami dan ipar duai belah I sendiri. Sekarang, macam mana nak ubah. Tentu semua orang terkejut kalau I berubah. Tiba2 je pakai tudung dalam rumah sendiri. Huhu.... Yang paling I risaukan sekali, solat pun tunggang langgan lagi, nak menjaga yang ini pula yang terlebih2. Huhu.... Camne? Tapi bila difikirkan balik, kalau kita tak mulakan, macam mana benda nak berubah ke arah kebaikan, kan? Mungkin dengan mulakan menjaga seluruh aurat di hadapan lelaki bukan aurat boleh membawa kepada banyak lagi kebaikan ke arah cara hidup yang lebih muslimah, kan. Amin.... Tolonglah doa doakan ye. Hrmm... itu tak masuk lagi cara berpakaian I yang kadang2 macam budak remaja. I cuba untuk menutup aurat bila keluar rumah, bukan membalut aurat. Tapi selalunya terbabas jugak sebab banyak juga koleksi baju2 kecik dalam wardrobe I. Huhu... start changing Ayu!!! Aja aja fighting!!
Macam mana kita nak berubah ni ye? Harus dapatkan sokongan suami dalam hal ni. Hai mr. hubby, sokonglah isterimu yang cuba nak berubah ni. Dosa2 I ni, you jugak yang tanggung di akhirat nanti. Mesti bincang dengan dia. MESTI! Tapi, I ni bersungguh ke? Jangan pulak hangat2 tahi ayam. Jangan pulak bulan ni balik rumah mak mertua tutup aurat, bulan depan tak pakai tudung pulak. Huhu.... Tuhan, tolonglah hambamu ini. Kawan2, tolong doakan I!!!
Ok, dah habis sessi tazkirah diri sendiri. Hehe.... Semoga kita semua boleh berubah ke arah kebaikan selepas ini. Yosh!! Jom berusaha!
Sebab ni entry sedikit muslimah, so I akhiri entry ni dengan.... ASSALAMUALAIKUM
p/s : I baru tahu yang its mahram (merujuk kepada lelaki yang tidak boleh dikahwini, lelaki ajnabi), bukan muhrim. Muhrim bermaksud orang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. So, lepas ni, jom perbetulkan sebutan kita. Sama - sama belajar.
No comments:
Post a Comment