Dah lama tak menulis di blog ni.... Selain banyak keje, internet kt ofis ni macam hampeh. Asyik la tak boleh nak sign in.... Angin satu badan di buatnya.
Kali ni pasal entry kawan2...
Bila sebut pasal kawan ni... memang macam2 masalah. Ye la, perangai tak sama. Kalau kita perangai macam ni, maybe kawan kita perangai macam tu plak. Kalau tak sabar dan penuh iman di dada, memang terbakar setiap hari.
Dulu, masa di ofis lama, sebelum masuk government ni, I memang takde masalah kawan2. Ye la, sebab staff pun tak ramai. Jadi masalah apa la sgt masalahnya... Nak sakit hati dengan kwn2 pun, dengan kwn itu juga la kita nk berharap. Tapi, bila dah masuk government ni, dh jumpa ramai orang, dh ada ramai kawan... Macam2 masalah yang kena hadap. Nasib baiklah I ni bukan jenis yang tak suka mengamuk dan bising2. Kalau jenis itu, memang dah lama kena sembur. Sebab I ni penyabar(heh.... perasan sendiri la plak), jadi tarik diri senyap2 je la. Tp, 2pn jadi masalah jugak. Bila kita kawan dgn dia, dia x pandai jaga hati kita. tapi bila kawan ngan org lain, dia mengata plak. Susah dengan orang yang berfikiran macam ni. Dah kita kerja 1 tempat, xkan nak memilih kawan sgt. Bila susah nanti, kwn2 jugak tmpt nk mengadu. Bila senang, xnk pandang pun kawan.. Huhu... manusia2...
Oklah... malas nak cite panjang2. Entry ni sekadar nak meluahkan perasaan. Kepada mereka2 yang terbaca entry ni, harap2 bersabar je la dengan entry merepek ni. Dan kpd mereka2 yg teras dgn entry ni, harap2 faham yang kita manusia ni punya perasaan dan punya perangai yang berbeza2. Harap2 boleh adjust diri sendiri untuk kebaikan semua. I pun ada buat salah, x perfect tapi cuba nak membaiki diri dari hari ka hari. Huhu....(Doakan ye teman2)....
Salam semua...
p/s : rasanya blum terlambat utk ucap Maulidur Rasul utk semua. Sempena bulan baik ni, sama2 la kita musabahah diri...
No comments:
Post a Comment