Monday, July 30, 2012

Tak Ada Cerita....

Salam All...............

Happy Ramadhan!! Diam tak diam, dah masuk hari ke 10 kita berpuasa, kan. Sekejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik, dah nak hari raya pulak. Persiapan raya macam mana? Ok? dah start buat kuih raya? Ke, beli dah siap je? Hehehe... Kalau beli dah siap je, sama spesies la dgn I tuh...Malas dan tak pandai buat kuih raya. Kerja remeh macam tu, memanglah I tak minat..

Dah lebih seminggu tak update. Tak ada cerita best pun yang nak diceritakan. Hari2 pun sama je. Cuma rutin berubah sedikit sebab pagi2 kena bangun sahur pukul 4.30 pagi. Pagi2 sampai ofis, mata dah mengantuk. Kalau hari cuti, boleh jugak nak membuta sampai pukul 10, tapi kalau hari kerja, mengantuk macam mana pun, kenalah gagahkan diri bangun dan pergi kerja. Huhuhu...

Oh ye.... last week was my birthday. Yang ke......... hehe.... kira sendirilah. Ramai kwn2 yang wish on that day. Thanks you guys. Really appreciate all of your wishes. N special from mr. hubby yang wish me. Walaupun agak terlewat kan, tapi yg penting ingatan you terhadap I. Hehehe.... Hadiah I tak ada ke, mr. hubby? Ngehngehngeh.... dah tua pun masih nak hadiah lg kan... Sempat jugak celebrate di kedai makan masa berbuka walaupun terlewat 2 hari.. Hehe... tak apalah, janji perut I kenyang dengan makanan best yg you belanja tu. Thank you so much, I love you forever!!

Itu ajela kot buat masa ni. Malas dan takde idea nak merepek apa dlm blog ni. Lagipun, dlm bulan puasa ni, tak elok merepek banyak2, takut kurang pahala puasa. Heheh... Oh, janji I nak update tentang kelebihan dan fadillat ramadhan, rasanya burn macam tu saja sebab malas nk tanya encik google... Hehe... Rasanya, dah ramai yg tahu fadillat ramadhan ni kan. Dah berlambak dalam google dan blog2 yang lain....

Salam.... Jumpa lagi di entry yang lain pulak.... ;)

Wednesday, July 18, 2012

Salam Ramadhan Mubarak


Salam Ramadhan Al Mubarak to semua...............

Sempena Ramadhan yang akan menjelma dlm beberapa hari ni, I dgn rendah diri mengucapkan selamat menyambut Ramadhan semua. Dan, juga minta maaf dan ampun andai sepanjang tahun ini ada salah dan silap, or ada yg dikutuk, dimaki, di marah, di luah perasaan tak suka dlm ni atau yg dicakapkan dgn kawan2( dgn bahasa mudahnya : mengumpat... hehehehe).

Also, especially to my beloved hubby, minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, zahir dan batin sepanjang setahun dari Ramdhan lepas hingga Ramdhan tahun ini atas segala salah dan silap. Juga utk salah dan silap sepanjang kita bergelar suami isteri.... :)

Alhamdullilah...... bertemu lagi dgn Ramadhan tahun ni. Moga berjaya menempuhinya dengan keimanan yg makin teguh n semoga Ramadhan kali ni lebih diberkati dari Ramdhan tahun2 yg lalu. Juga, semoga Ramadhan kali ini lebih diterima Allah dari yang lepas2. Excited gila nak sambut Ramadhan. Tak sabar nak tunggu Sabtu 21st July 2012 utk 1st day puasa.....


Salam Ramadhan semua..........

P/S : Kalau I rajin, sepanjang bulan ni, akan update tentang kelebihan Ramadhan. Tu pun kalau rajinlah ye.... hehehe

Friday, July 13, 2012

Percubaan Pertama yang tak menghampakan....

Salam.........

Hehehe....... Bunyi cam gempak je kan. Apa sangatla percubaan pertama tu ye? Kalau uolls masih ingat entry I yang lepas, I ada bgtau yg I masuk pertandingan aerobik, kan? Ok, kejadian tu dah berlaku on Wed... Seram2 sejuk bila ada atas pentas. Walaupun penonton tak ramai sgt, tapi tangan dah menggigil2 bila keluar pentas sebelum start performance. Stage fright kot. Tapi, bila dah start je, excited terlebih la plak. Terus hilang gigil n bersemangat. Ada plak penonton yg bersorak sorai tu. Tapi bersorak bab yg seksi skit. Ukh... tak boleh blah langsung penonton nih! Hehehe.........

And, the result is... tempat ketiga... dari 4 kumpulan... Hahaha.... tp I tetap bersyukur. Sekurang - kurangnya tak dapat tempat last. Oklah tu kan untuk percubaan pertama. Next year, klu ada lagi n klu masih diperlukan, insyaAllah I akan masuk lagi. Tu pun klu xde yg nak masuk. Klu berebut - rebut nak masuk, I dengan rela hati akan tarik diri. Oklah, dah nak balik. Enjoy pic sebelum habis..............

Team kami selepas pengumuman pemenang. Bangga siot bergambar dengan medal walaupun hanya di tempat ketiga........ Heheheh

Saturday, July 07, 2012

Macam - macam cerita

Salam alls...........

Dah lama tak post something di blog ni. Selain sindrom malas, its been a quite busy weeks. Ye la, dengan exam KPSL nya, dengan aktiviti aerobiknya. Dengan balik kampungnya. So, entry kali ni, rangkumkan semua ceritala. Senang, xyah nak update byk kali... (Hehehe... nmpk sgt kemalasan ko, Ayu).

Ok cerita 1st... exam KPSL. Ni 1st time I amik exam nih. Dah lama tinggalkan dunia study n exam2 nih, tetiba kena amik exam utk naik pangkat plak. Aduiiii.... hampir2 I tak nak g exam ari tuh. Tapi disebabkan bleh dpt cuti free n akan direkodkan dlm buku, so gagahkan diri jugak utk pergi. Huhu.... dengan langsung tak study, tag buku di mlm nak periksa, so, bleh agaklah kan macam mana resultnya nanti. Oh ye, exam nih adalah open book. Sounds senang kan tapi nak mencari jawapan tu bukan senang. Nak membelek jawapan, nak olah ikut keperluan soalan. Nak pilih soalan yang senang2 dlm masa 3 jam. Memang ko takde masa la nak angkat muka. Sampai sakit2 tangan I nak menulis. Aduiii.... tulisan pun dh macam haremmmmmmmmmm............. Kejap kecik, kecik besar. Kejap bulat, kejap tegak, kejap sendeng ke kiri, kejap sendeng ke kanan, entah pemeriksa tu bleh baca ke idak jawapan I. Huhuhu.... berharap jelah semuanya dipermudahkan......

Cerita kedua.... sambutan hari bapa utk family I. Hrmmm...... klu dah ada sambutan hari ibu, tentulah kena ada sambutan hari bapa, kan. Tapi sambutan hari bapa tahun ni agak kurang skit sebab tak cukup masa untuk persediaan. Lagipun, ada plak family member yang x dpt join pada tarikh awal yg dipersetujui. Akhirnya, buat kat umah kampung (umah my mother je). Potong kek, mkn2 kfc n pizza je. Rancangan last minute, gitulah jadinya. Asalnya nak buat game tapi disebabkan masing2 takde idea, so, cancellah game. Buat mkn2 je. Nasib baik sempat tempah kek n sedap plak tu walaupn agak mahal. To all father's.... Happy Father's Day!!!! And seperti sambutan hari ibu lepas, ni cuma one way of appreciattion towards our fathers... Klu cara sambutan ini juga salah, then harap diampunkan. Tak ada niat nak ikut cara dan ajaran Kristian melainkan hanya untuk meraikan bapa2 yang tak kurang jasanya dalam membesarkan anak2. Ok, enjoy pics

Kek coklat cheese yg super sedap... tak rugi bayar mahal....

Bapak2 tgh ready nak potong kek
Jom potong kek

Ok, cerita last... Tahun ni I buat gila bila tetiba terregister nama dalam pertandingan aerobik la pulokk.... Sapa punya idealah yang nak terloncat2 depan orang ramai nih? Awalnya cuma nak join aerobik sebab nak exercise tapi bila sorang demi sorang tarik diri, kenalah paksa diri masuk jugak.. Penat ghupanya beraerobik nih... sakit2 kaki I. Then, bagus sgt tak pakai kasut masa aerobik. Rasa kaki dah kejang. Anyway, pertandingan adalah pada 11 July 2012. Wish me luck n tak lupa step. Agak kelam kabut jugak walaupun bleh kata hari2 training... Huhu.........

Ok.... dah malas nak menaip. See you in next entry yang entah bila2 akan di update. Hehe..... Salam semua