Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Sambil Menghabiskan Duit..... 17/03/2012

Salam Alls.....

Kali ni, update tentang lawwatan sehari kami ke Melaka. Syok, sebab dah lama tak naik bas. jimat pun jimat sebab takyah pening kepala fikir mana nak cekau duit untuk minyak keta & tol. Fikir duit untuk shopping je. Tapikan, x beli apa2 pun kali ni. Sebabnya, tak ada yang menarik minat la plak. Setakat jln2, window shopping kt Pahlawan Mall & Mahkota Parade, kt sini bleh membeli kan. Oklah, enjoy pics

1st destination : Melaka River Cruise. Abaikan 'U' yg dh tertanggal. 1st time naik nih. Teruja gila!!



Sebahagian family yg tengah cari tempat duduk. Satu bot 2 penuh dgn family I je. 2pn remaja lelaki dh naik bot lain, klu x, lagi penuh.

Posing!!  
 Itu gambar2 kt water cruise. Sampai je kt Melaka, terus je naik bot pusing2 situ. menurut kakak2 I yg dah pnh naik bot tu, naik time mlm lagi syok sebab penuh dengan lampu warna-warni. Sebab ni lawatan sehari je, so, naiklah time tghari.

Next destination, Bandar Hilir. Time ni, turun je bas, semua dah bersepah. Berpisah. Mr. hubby and I tuju mana lagi, Pahlawan Mall la. Maleh naik beca sebab mahal lagipun, nak exercise la kononnya. Sampai Pahlawan Mall, tujuan pertama. Makan!! McD! Haha... Mr. Hubby dah lapar sangat tapi I ok lagi sebab dlm bas dh mkn mcm2 benda yg dibawa oleh ahli family yg lain. Kat sini ada few gambar yg sempat di snap tp malas nk upload. Malas nk edit dulu sebenarnya. Hehe.....

Lepas merayau sekitar Pahlawan Mall & Mahkota Parade, naik bas pukul 3 n menuju ke Masjid Selat Melaka plak. Solat Zohor. Lepas tu.............

Taman Buaya Melaka, Ayer Keroh

Singgah di Taman Buaya, Aye Keroh. Tak masuk pun sebab dah petang sangat n dah tak larat nk berjalan jauh dalam Taman Buaya. So, just pusing2 kat kawasan sekitar yg ada gerai jualan. A few Bapak2 n remaja2 pergi main buggy ride tak jauh dari situ. Mr. Hubby je yg x berminat nak main benda alah tu. Sudahnya pergi menghabiskan masa di McD, again!!. Minum petang plak. Ramai2 la kat situ menikmati kopi yg boleh di refill smula. Hehe..... Then, bertolak balik. Singgah di R&R Ayer Keroh untuk solat Maghrib & seterusnya mkn malam di Seremban sebelum balik ke rumah masing2. Pukul 12 tghmlm jugakla sampai Putrajaya. Huhu.... Esoknya, I terus sakit tekak, selsema, batuk n akhir sekali, demam. Badan ni tak tahan lasak sungguh! Mcm tu pn boleh demam!!

OK.... Adiosss. Sebelum habis, enjoy pic last

Mr. Hubby & I di dalam bot Melaka Water Cruise

Friday, March 16, 2012

Happy 5th Anniversary

Salam alls....

It's Friday, 16th of March.... It's our anniversary!! Diam tak diam, dah 5 tahun kami kahwin. Alhamdullilah, bertahan setahun lagi & hopefully, akan bertahan dan bahagia selamanya hingga ke syurga. Walaupun masih berdua, tapi kami tak kekurangan apa - apa. Masih saling mencintai dan mengasihi. Hehehe....

To my beloved hubby, happy 5th anniversary, sayang! love u till my last breath. Mari kita ke Melaka esok. Kita celebrate anniversary kita kat sana, ye. Ramai2 plak tu. Hehehe.... Tak apalah, janji kita boleh berjalan. Ngee... Plan sambutan? Entah. Dah macam2 idea dlm kepala otak tp entah jadi entah tidak. Duit dh kekurangan nih... Huhu.... Ni pun kena kerja, nntlah sambut di hari minggu.

2 je la.. malas nak merepek panjang2. Enjoy pic... Ni je yg sempat buat mlm td. postponed celebration la...


Happy 5th Anniversary! Masak2 lain hari ye. ;p